Saturday, 3 December 2011

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.
Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.
Jenis Kata Adjektif
Contoh
Ayat Contoh
1.    Sifat / Keadaan
rajin, bijak
Budak yang rajin itu disukai oleh semua orang.
2.    Warna

merah, hijau
Apabila lampu isyarat berwarna merah, kita mestilah memberhentikan kenderaan.
3.    Ukuran
tinggi, berat
Kumar ialah murid yang paling tinggi di dalam kelas itu.
4.    Bentuk
bulat, buncit
Bola itu berbentuk bulat.
5.    Pancaindera
enak, wangi
Masakan ibu saya sungguh enak.
6.    Waktu
lewat, singkat
Zaki lewat tiba di sekolah hari ini.
7.    Cara
deras, sering
Air sungai itu mengalir dengan deras.
8.    Perasaan
gembira, malu
Ibu berasa gembira menyambut kepulangan abang dari luar negara.
9.    Jarak
jauh, nyaris
Lily tinggal jauh dari sekolah.



Latihan Kata Adjektif
Suaikan kata adjektif dengan jenisnya yang betul.

1.    pandai     
2.    kuning
3.    rendah
4.    segi empat
5.    harum
6.    lambat
7.    selalu
8.    sedih
a.    warna       
b.    pancaindera
c.    sifat
d.    perasaan
e.    cara
f.     bentuk
g.    waktu
h.    ukuran









No comments:

Post a Comment