Friday, 25 November 2011

Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, klausa dan ayat.
a.    Menggabungkan kata
Contoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan.
b.    Menggabungkan frasa
Contoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di KLCC.
c.    Menggabungkan klausa
Contoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar bermain.
d.    Menghubungkan ayat
Contoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan.
Kata Hubung
Fungsi
Ayat Contoh
1.    dan
Menunjukkan gabungan antara subjek, objek dan ayat.
Ali, Muthu dan Siva memancing ikan di sungai.
2.    atau
Menunjukkan pilihan
Kamu hendak minum teh atau kopi?
3.    kecuali
Menunjukkan perbezaan tujuan atau perbuatan
Semua murid hadir ke sekolah kecuali Murni.
4.    tetapi
Menunjukkan perbandingan makna tujuan yang berlawanan
Siti pendiam tetapi adiknya peramah.
5.    supaya
Menyatakan tujuan
Kita mesti rajin membaca buku supaya pandai.
6.    jika
Menunjukkan syarat
Jika hari tidak hujan, kami akan pergi ke padang.
7.    kerana
Menunjukkan sebab
Munir tidak datang ke sekolah kerana demam.
8.    lalu
Menunjukkan tindakan lanjutan
Adik masuk ke bilik lalu baring di atas katil.
9.    sambil
Menunjukkan perbuatan yang dilakukan serentak
Bapa makan sambil menonton televisyen.
10. walaupun
Menunjukkan suasana atau peristiwa yang bertentangan.
Walaupun cuaca panas terik, bapa saya masih berkebun.

Latihan Kata Hubung
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
walaupun      lalu      atau     dan     kerana  tetapi      jika    supaya      kecuali          sambil


   

1.    Kamu hendak baju ini __________ baju itu? 
2.    __________ hari panas, Minah masih memakai baju sejuk.
3.    Siew Lee ___________Fiona hendak pergi ke Seremban.
4.    Chin Chin cantik ___________ malas.
5.    Kedai runcit itu dibuka setiap hari, ___________ hari Ahad.
6.    Adik menangis ___________ duit belanjanya telah hilang.
7.    Gunalah payung ketika hujan ___________  kamu tidak basah.
8.    Bapa masuk ke dalam rumah ___________ duduk di sofa.
9.    Abang membasuh kereta _____________ menyanyi.
10. Perlawanan itu akan dibatalkan _____________ hujan lebat.


No comments:

Post a Comment